Saksi yang merupakan Penganalisis Bank Negara Malaysia, Adam Ariff Mohd Roslan

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan ke-47 perbicaraan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak telah menerima pemindahan wang sebanyak £9.45 juta (lebih RM45 juta) daripada 1MDB pada 2014.

Menurut saksi, seorang penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan oleh sebuah syarikat, Blackrock Commodities (Global) Limited dan Vista Equity International Partners.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pernah melaporkan Blackrock dan Vista Equity International Partners ialah syarikat yang hanya wujud atas kertas atau dikenali akaun persisiran dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan Kim Loong yang merupakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Kata Adam, ketika beliau menjejaki dana itu, dana-dana itu masuk ke dalam akaun peribadi Najib yang berakhir dengan nombor 880 antara Jun hingga Disember 2014.

“Syarikat Blackrock telah memindahkan dana sebanyak £750,000 (lebih RM4juta) manakala Vista Equity pula £8,706,021 juta (lebih RM45juta) melalui lima transaksi.

“Pindahan wang £750,000 dibuat kepada akaun 211-202-201188-0 atas nama AMPRIVATE BANKING – 1MY DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN HJ ABD RAZAK pada hari sama Blackrock menerima wang AS$1.89 million,” katanya pada prosiding 1MDB di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Saksi itu menambah penyata bank Najib juga menunjukkan bahawa Vista membuat pemindahan lebih RM45 juta melalui empat peringkat antara 17 Okt dan 17 Dis 2014.

Sebelum ini, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low di bawah kelolaan Eric Tan mendedahkan Tanore Finance Corporation pernah membuat pemindahan AS$681 juta atau bersamaan dengan RM2,081 bilion ke akaun peribadi Ambank milik Najib.

Adam sedang memberikan keterangan terhadap pertuduhan dihadapi Najib berkaitan penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion di Mahkamah Tinggi.

Ketika ini, bekas Perdana Menteri itu sedang berdepan perbicaraan melibatkan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang berkait dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mereka2 disekeliling Najib semuanya Eric, Jho, Jasmin, semuanya nama macam nama orang puteh, itu tak masuk lagi geng sakau scammer yang bekerja disyarikat pelaburan terkemuka dunia juga bankers2 tempatan. Kerja2 geng sakau, peguam sakau, bankers sakau, consultants sakau ni sesama mereka menjadi lebih mudah dan sangat organise.

    Takkala Najib merengkok, geng2 sakau ni dikatakan sedang berseronok diluar negara. Difahamkan Najib masih berbaki 11 tahun lagi.

    Itulah kena pandai memilih kawan, berkawan dengan specis sakau dapat penjara, kalau berkawan dengan alim dan ulamak, insyaAllah selamat dunia akhirat. Apa2 pun kita bersyukur sultan2 kita tidak terlibat dan dijauhkan. Peace.

Comments are closed.