Foto Instagram Sharifah Sakinah

KUALA LUMPUR – Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW kebiasaannya saban tahun disambut sebagai acara tahunan seperti perarakan dan ceramah diadakan bagi meraikan Maulidur Rasul.

Namun pelakon Sharifah Sakinah mempunyai pendekatan berbeza apabila dia membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton wayang bersama dengannya.

Malah dia turut menggembirakan hati semua pelajar tahfiz tersebut dengan menikmati makanan segera.

Sakinah turut berkongsi fotonya bersama semua pelajar tahfiz berkenaan di Ins

Bagaimanapun, niat baik Sakinah untuk berkongsi rezeki dan kegembiraan itu dipersoal dan dikecam netizen. Malah, ada yang mengatakan pelakon itu  tidak wajar membawa pelajar tahfiz ke tempat tersebut.

Pada masa sama, ada netizen berpendapat banyak lagi aktiviti yang boleh menggambarkan kebesaran Allah serta mendoakan agar pelakon itu diberi hidayah.

Meskipun dikecam, ramai netizen mempertahankan pelakon itu serta memintanya supaya tidak mengendahkan kritikan negatif.

Tidak hanya berdiam diri, menerusi Insta Story, Sakinah tampil membalas kritikan netizen dengan memberitahu dia bukan membawa pelajar tahfiz menonton filem porno. – MalaysiaGazette