LOS ANGELES – Walt Disney hampir mengesahkan untuk membeli aset hiburan 21st Century Fox pada harga AS$60 bilion.

Jualan itu termasuk studio filem 20th Century Fox dan penyiar satelit, Sky dan Star di United Kingdom, Eropah dan Asia.

Disney kini berada di hadapan selepas Comcast, pemilik NBC, keluar dalam persaingan bagi pengambilalihan itu.

Financial Times berkata, perbincangan mengenai harga itu berterusan pada hari Selasa.

Keluarga Murdoch dikatakan memilih Disney kerana lebih suka dibayar dalam saham gergasi hiburan daripada saham Comcast.

Aset yang dijual oleh Fox termasuk saluran kabel FX dan National Geographic, 22 rangkaian sukan serantau Amerika dan kepentingan syarikat dalam platform perayauan di Amerika Syarikat.

Ia juga akan menambah perpustakaan filem dan televisyen Disney yang luas, dengan filem-filem seperti Avatar dan Deadpool serta The Simpsons dan Modern Family.

Rangkaian penyiaran Fox iaitu Fox News dan Fox Sports akan tetap berada di bawah kawalan Murdochs.

Selain filem studio, Disney juga memiliki rangkaian sukan ESPN dan rangkaian-rangkaian kabel.

Keputusan Murdoch untuk menjual aset-aset Fox mengejutkan kerana beliau berhasrat untuk terus mengembangkan empayar medianya selama lima dekad yang lalu.

Perbincangan difahamkan telah diadakan di antara kedua-dua syarikat pada bulan November tetapi tidak mencapai perjanjian. – MalaysiaGazette