Foto: Saudi Gazette

MEKAH — Seorang lelaki ditahan polis kerana menghina wanita-wanita Arab yang bekerjaya dengan menggunakan ayat-ayat yang menggambarkan perbuatan tersebut sebagai tidak bermaruah.

Penentangan lelaki berkenaan terhadap wanita bekerjaya serta kritikannya kepada pergerakan yang menyokong serta memperkasa wanita dianggap sebagai ofensif.

Ciapan dan kandungan medianya telah tular media-media sosial.

Lelaki berusia 60 tahun itu merupakan warganegara Arab Saudi telah ditahan dan dibawa ke balai polis.

Selain diambil tindakan regulatori, dia dirujuk ke Pendakwaraya Awam. – Agensi