rainy season Consumers flock to the self-service laundry in the Segamat following continuous downpour in the district.
Consumers flock to the self-service laundry in the Segamat following continuous downpour in the district. Dobi layan diri daerah Segamat dipenuhi pelanggan sehingga ada yang sanggup menunggu giliran walaupun lama.

SEGAMAT – Cuaca hujan sejak empat hari lalu menyebabkan perniagaan dobi layan diri mendapat sambutan luar biasa di sekitar bandar Segamat.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati di beberapa kedai dobi layan diri dipenuhi pelanggan sehingga lewat malam.

Mesin pengering baju merupakan antara perkhidmatan yang menjadi tumpuan pelanggan yang tinggal di Segamat.

Tinjauan turut mendapati, selain mesin pengering dipenuhi baju pelanggan, orang ramai juga sanggup menghabiskan masa yang lama menunggu giliran untuk menggunakan mesin itu.

Pelanggan, Suziemah Zainal Abidin berkata, dia sanggup menunggu giliran hampir 45 minit semata-mata untuk memastikan pakaiannya dapat dikeringkan terutama pada musim hujan.

Suziemah Zainal Abidin

Perkhidmatan dobi layan diri, katanya, bukanlah pilihan utama untuk beliau namun disebabkan cuaca yang tidak menentu dia lebih selesa memilih perkhidmatan itu.

“Memang susahlah sebab musim hujankan jadi kita gunakan sahaja perkhidmatan dobi ini.

“Jadi walaupun hujan, baju kita masih boleh dikeringkan lagi, sanggup tunggu daripada baju basah,”katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sementara itu seorang lagi pengguna, Nor Awati Hamid,32 mengakui perkara sama apabila terpaksa memilih perkhidmatan dobi layan diri bagi memudahkan urusan harian beliau.

Ibu beranak dua ini memberitahu, kemudahan dobi layan diri sudah tentu mendapat pilihan terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga ramai.

“Saya guna selalu musim (hujan) sahaja. Baru sampai tetapi saya sanggup tunggu sebab anak-anak nak pakai baju lagikan nanti.

“Sebab ini ramai orang saya kenalah menunggu, saya rasa bukan sahaja sanggup tunggu, semua orang pun sanggup tunggu,” ujarnya.

Pemerhatian MalaysiaGazette turut mendapati pelanggan terpaksa meletakkan bakul baju masing-masing berhadapan dengan mesin pengering yang mahu digunakan mengikut giliran.

Sementara itu, tinjauan di sekitar premis yang menjual baju hujan mendapati bekalan telah habis sejak hari pertama hujan lebat di Segamat.

Tinjauan di empat premis mendapati terdapat kedai terpaksa menjual baju hujan yang dipamerkan ekoran permintaan pelanggan yang tinggi.

Jurujual Siti Nor Aqela Amin, 22  berkata, kehabisan baju hujan hampir di kedai menyebabkan menyebabkan tempahan yang dilakukan lewat diterima daripada pembekal.

Salah seorang pekerja di pasaraya terpaksa menjual bekalan baju hujan yang dipamerkan kepada pelanggan ekoran baju berkenaan tidak mencukupi.

Bagaimanapun, peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang jualan itu walaupun mendapat permintaan tinggi pada musim hujan. – MalaysiaGazette