Gambar hiasan

MEXICO CITY – Sebuah dron yang membawa dua bom tangan yang dinyah aktif mendarat di premis milik ketua keselamatan negeri, kata pihak berkuasa negeri Baja California, utara Mexico.

Menurut kenyataan negeri itu, Gerardo Manuel Sosa Olachea tidak menduduki hartanah di Tecate itu dan beliau tidak berada di lokasi, namun polis negeri sedang mengawal kawasan tersebut apabila ternampak drone tersebut, lapor AP.

Selasa lepas, Sosa Olache berkata, insiden tersebut merupakan sesuatu yang malang dan ia berlaku susulan usaha kerajaan negeri membasmi jenayah terancang.

Pada Oktober lalu, pihak berkuasa di negeri utara-tengah Guanajuato mengatakan mereka berjaya menangkap lelaki yang membawa sebuah dron yang dilengkapi dengan bom dan alat peledak kawalan jauh.

Pihak berkuasa berkata, kini hanya lelaki tersebut merupakan suspek ‘sel jenayah’. – MalaysiaGazette