Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2019 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, P, BT, M, MT, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2020.
Pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang BE mereka menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing/Borang m-BE).
e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui Internet.
Menurutnya, aplikasi ini boleh dicapai terus melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my .
Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk mendapatkan butiran terperinci berkenaan pengemukaan BNCP ini.
LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan
terhadap mereka.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).- MalaysiaGazette