Eddie Nketiah

LONDON – Penyerang muda Arsenal, Eddie Nketiah mula melaungkan amaran dia mampu merampas posisi penyerang The Gunners pada musim depan.

Pemain berusia 20 tahun itu semakin menyinar apabila menghasilkan tiga gol daripada dua perlawanan dalam kempen pra musim di Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Dia menjaringkan gol ketika membantu Arsenal menewaskan Bayern Munich 2-1 pada Khamis lalu dan semalam dia menghasilkan dua jaringan ketika bertemu Fiorentina.

Nketiah memulakan karier bola sepak bersama Chelsea sebelum dilepaskan menyertai Akademi Arsenal pada 2015 dan pernah mewakili England Bawah 21 tahun lalu.

Sementara itu, Arsenal akan bertemu Real Madrid pada Rabu ini. – MalaysiaGazette