Istana Negara.- Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Istana Negara menyanggah laporan media Britain yang yang menggambarkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai rampasan kuasa.

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, beliau terkejut laporan media Britain itu kerana ia tidak tepat dan mengelirukan sedangkan demokrasi Parlimen di Malaysia berasaskan sistem Westminster.

”Editorial tersebut telah mengemukakan proses yang menyimpang dalam pelantikan Perdana Menteri baru oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bagi menjelaskan perkara itu, Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong terikat dengan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk memilih dan melantik seorang Perdana Menteri selepas peletakan jawatan Perdana Menteri dan Kabinet.

Menurut beliau, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada baginda bahawa beliau tidak lagi yakin dengan majoriti Dewan Rakyat dan melepaskan jawatannya, maka Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap Artikel 40 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan budi bicara beliau dalam melantik Perdana Menteri.

Baginda tertakluk dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan untuk melantik sebagai Perdana Menteri sebagai anggota Dewan Rakyat yang dalam penilaiannya mungkin diyakini mendapat keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

”Jelas sekali, Istana Negara melampaui tanggungjawab baginda  dengan bertemu dengan semua ahli Dewan Rakyat dan pemimpin pelbagai parti politik, sebelum Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan.

“Sudah tentu, Yang di-Pertuan Agong memberi banyak perhatian kepada perkara yang sangat berat ini,” kata Ahmad Fadil.

Beliau menambah, selepas melaksanakan proses perundingan yang ketat dan terbuka ini, mematuhi Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong menggunakan budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baru.

Tegasnya, proses ini sama sekali tidak boleh dianggap sebagai “rampasan kuasa diraja” seperti yang dilaporkan oleh Guardian.

Menurut Ahmad Fadil, penulisan editorial Guardian itu lebih cenderung kepada partisan.

Dalam kenyataan itu, beliau melahirkan penghargaan Istana Negara kepada Wisma Putra (Kementerian Luar) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London yang segera menafikan laporan The Guardian.

Malah, Istana Negara juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara yang memberi maklum balas pantas terhadap artikel itu.

”Saya juga berbangga dengan inisiatif cemerlang yang diambil oleh rakyat Malaysia daripada semua kaum dan gabungan politik, termasuk ahli politik kanan dan Anggota Parlimen, yang bertindak secara langsung kepada The Guardian.

”Tindakan-tindakan individu ini menunjukkan kemarahan orang awam terhadap ketidaktepatan dan niat jahat rencana tersebut.

“Oleh itu, kami berharap The Guardian dan media-media lain yang bereputasi akan bertanggungjawab dalam editorial mereka, dengan tumpuan kepada fakta dan objektif,” kata Ahmad Fadil. -MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Cawangan Khas boleh dapatkan maklumat mereka yang terlibat, agar tindakan yang tegas dapat diambil. Jika dibiarkan akan melarat serta berlarutan campur tangan negara luar yang maklumat disampaikan oleh warga malaysia yang tidak bertanggungjawab. Pastinya dari PAKATAN HANCING.

  2. Kebanyakan negara2 barat dan Amerika Syarikat itu sendiri mengamalkan sistem dua parti dan bukan negara yang benar2 mengamalkan sistem demokrasi sebenar seperti Malaysia, Indonesia atau negara Asia Tenggara yang lain.

    Kaum2 minoriti dinegara tersebut sentiasa ditindas dan tidak diberikan ruang untuk mengamalkan ajaran agama mereka! Contoh paling mudah adalah di Jerman, US, Norway atau negara2 Scandinavian yang lain yang sangat menindas agama2 selain dari ugama anutan kaum utama mereka.

    Ada anda nampak tokong2 atau kuil2 dibina disetiap lorong disana?

  3. Seperti yang dijangka PH akan mengunakan media Antraabangsa untuk meporak peranda kan Negara. Harap kerajaan dapat siasat YB PH mana yang terlibat dan harap rakyat jangan percaya wardah dari luar negara yang ada agenda.

  4. Harapnya PMO, Cawangan khas PDRM, MKN berhati-hati dengan tindakan mereka yang kecewa ini. Anasir-anasir subversif golongan yang menentang kerajaan yang baru ini jgn diambil lewa. Anda lebih tahu siapa , termasuklah aliran media sosial yang membenarkan sesiapa saja mencaci , maki hamun , mencarut , menentang perlembagaan dan menghina Islam secara terang-terangan.

Comments are closed.