Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa memotong bekalan elektrik kemudahan lif dan lampu awam di Pangsapuri Sutera Wangi Batu Berendam di sini susulan mempunyai tunggakan bil berjumlah hampir RM400,000.

MELAKA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa memotong bekalan elektrik kemudahan lif dan lampu awam di Pangsapuri Sutera Wangi Batu Berendam, di sini, susulan tunggakan bil berjumlah hampir RM400,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berkata, tindakan dibuat setelah pengurusan pangsapuri terdahulu gagal melunaskan bayaran bil elektrik secara ansuran seperti yang dijanjikan.

“Terdapat hutang bil elektrik berjumlah kira-kira RM380,000 di mana pihak pengurusan gagal membuat bayaran ansuran selepas dua kali perbincangan yang telah berlarutan sejak tahun 2019.

“Pejabat ADUN juga telah sekurang-kurangnya dua kali membantu dalam perbincangan walaupun TNB telah memberi kelonggaran sejak 2019,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau telah telah memberi dua cadangan kepada wakil pengurusan iaitu langkah segera dan jangka panjang.

“Untuk jangka panjang, kita mengkaji semula kaedah kutipan fi bulanan serta kadar fi bulanan supaya ada pendapatan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan pangsapuri,” katanya. – MalaysiaGazette