Enam maut manakala 20 lagi dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan pejabat bertingkat akibat letupan gas semasa makan tengahari di China pada Jumaat.Kredit:@globaltimesnews

BEIJING – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam satu kejadian letupan gas di kantin sebuah bangunan bertingkat di Daerah Wulong, Chongqing.

Letupan itu difahamkan akibat kebocoran gas berlaku pada tengahari Jumaat di ruang makan sebuah pejabat kerajaan.

Kejadian itu mengakibatkan lebih 20 orang dikhuatiri masih terperangkap di celah runtuhan bangunan ketika para kakitangan sedang menjamu makanan tengahari, lapor Xinhua.

Rakaman video dan foto insiden itu tular di media sosial menunjukkan serpihan runtuhan bangunan itu bertaburani atas jalan utama.

Pasukan mencari dan menyelamat serta anggota bomba bergegas ke lokasi dan terlibat dalam misi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan itu.

Kementerian Pengurusan Kecemasan china telah menggerakkan pasukan bertindak bencana ke lokasi.

Lebih 50 jentera bomba terdiri daripada 260 anggota turut bergegas ke lokasi untuk melaksanakan misi mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di sebalik runtuhan bangunan itu.-Metro.co .uk