Andre Villas-Boas. Foto Daily Mail.

LONDON – Pengurus Andre Villas-Boas tidak berminat untuk kembali keLiga Perdana Inggeris (EPL) sambil menyifatkan liga bola sepak popular dunia itu sebagai huru-hara.

Starsport melaporkan, Villas-Boas lebih selesa bekerja di tempat yang memiliki falsafah berbeza.

“Tidak sama sekali kerana saya telah melalui kehidupan di Liga Perdana dan jujurnya, liga ini buat masa sekarang lebih berminat dengan pelaburan, pemain dan pasukan.

“Tetapi saya lebih berminat untuk memahami falsafah dengan cara yang berbeza bermain bola sepak.

“Liga di England lebih kurang huru-hara dan mungkin pilihan saya di Perancis, Sepanyol, anda tidak tahu,” katanya yang kini telah berpisah dengan Shanghai SIPG.

Pada 2011, Villas-Boas tiba di England bagi mengendalikan skuad Chelsea dengan membina reputasinya sendiri selepas cemerlang bersama Academica dan Porto.

Selepas itu dia berpindah ke Tottenham Hotpurs.

Namun pengendali Portugis itu meninggalkan Spurs pada Disember 2013 dan bertukar angin ke China bersama Zenit dan Shanghai SIPG. – MalaysiaGazette