F1 Singa;pura dibatalkan kerana tidak dapat menyediakan litar perlumbaan mengikut keadaan cuaca tempatan.

LONDON – Sukan permotoran terkelas dunia, Formula Satu (F1) iaitu Grand Prix bagi musim 2020 di Jepun, Singapura dan Azerbaijan dibatalkan ekoran penularan Covid-19.

Pihak penganjur dan pengurusan F1 dilaporkan telah cuba sedaya upaya untuk mencari jalan menganjurkan GP F1 di ketiga-tiga negara tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun pada Jumaat, pihak berkenaan akur dan ia sukar untuk dilaksanakan dalam situasi pandemik peringkat global sekarang.

Perlumbaan bersejarah F1 di Suzuka terpaksa dibatalkan ekoran langkah Jepun yang masing melarang sebarang sukan antarabangsa yang boleh menggalakkan perhimpunan orang ramai pada satu masa dan satu tempat.

Manakala situasi di Singapura dan Baku, Azerbaijan pula berbeza apabila didapati kedua-dua negara itu tidak boleh membuat persiapan litar mengikut keadaan cuaca semasa termasuk perkembangan Covid-19 di tempat masing-masing dengan segera.

Pembatalan itu bermakna F1 telah kehilangan tiga perlumbaan utama dalam kalender musim ini kepada pandemik Covid-19 yang semakin mengganas dalam gelombang kedua termasuk GP Australia dan Monaco.

Jepun dan Singapura adalah dua perlumbaan F1 paling popular dalam kalendar perlumbaan setiap tahun.- MalaysiaGazette