Cesc Fabregas. Foto BBC.

LONDON – Bekas pemain tengah Arsenal, Barcelona dan Chelsea, Cesc Fabregas mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 36 tahun.

Dia turut memberitahu rancangannya untuk menyertai bidang kejurulatihan selepas ini.

Fabregas memenangi Piala Dunia 2010 dan dua Kejohanan Eropah bersama Sepanyol selain dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea dan La Liga bersama Barcelona.

“Saat yang penuh dengan kesedihan bahawa masanya telah tiba untuk saya menggantung but.

“Apa yang saya lalui adalah satu perjalanan yang tidak akan saya lupakan. Dari hari pertama saya di Barca, Arsenal, Barca lagi, Chelsea, Monaco dan Como, saya akan menghargai mereka semua,” tulis di media sosialnya.

Fabregas memulakan kerjayanya di akademi Barcelona sebelum menyertai Arsenal ketika berusia 16 tahun pada 2003.

Dia memenangi Piala FA 2005 bersama The Gunners dan memulakan permainan ketika kekalahan 2-1 kepada Barcelona dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada musim berikutnya.

Dia kemudian berpindah ke Monaco pada tahun 2019 dan sepanjang musim lalu bersama kelab divisyen dua Itali, Como dan akan terus bersama kelab itu untuk membimbing skuad simpanan dan remaja. – MalaysiaGazette