Nur Fathia Abdul Latiff
Nur Fathia Abdul Latiff

KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff mengesahkan dia sudah menanggalkan tudung sejak Jumaat lalu.

Fathia, 32, muncul dengan penampilan barunya itu pada satu majlis malam tadi.

Pelakon yang pernah melonjak popularitinya menerusi drama Ariana Rose mengambil keputusan berhijab sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, Fathia mengundang tanda tanya apabila memuat naik gambar dirinya yang tidak bertudung sejak Ahad lalu.

Dia juga memadamkan semua foto lama dalam Instagram. – MalaysiaGazette