Home Dunia Finland negara paling bahagia di dunia

Finland negara paling bahagia di dunia

Suasana di Helsinki, Southern Finland. foto Trek Earth

NEW YORK – Finland dipilih sebagai menjadi tempat paling bahagia di dunia untuk tinggal, mengatasi Norway yang berada di tempat pertama pada tahun lalu.

Laporan Kebahagian Dunia yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu meletakkan kedudukan negara berdasarkan harapan hidup, sokongan sosial, tahap rasuah dan kesihatan.

Laporan itu dikeluarkan menjelang Hari Kebahagiaan Antarabangsa PBB.

Norway berada di tempat kedua, Denmark ketiga, diikuti Iceland dan Switzerland. Manakala United Kingdom berada pada kedudukan ke-19, di belakang Kanada, Costa Rica dan Israel.

Kedudukan Amerika Syarikat juga jatuh pada tempat ke-18, jatuh empat tangga pada tahun lalu.

Di tempat ke bawah ialah Burundi, Republik Afrika dan selatan Sudan. Syria pula berada pada kedudukan ke-150.

Meik Wiking, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Kebahagiaan memberitahu: “Finland dipilih negara paling bahagia di dunia kerana mendapat skor purata tertinggi berbanding dengan penduduk lain dalam kajian ini.

“Finland sebenarnya jauh lebih ‘miskin’ daripada negara-negara lain, yang menjadikan mereka lebih baik untuk mengubah kekayaan menjadi kesejahteraan. Satu lagi perbandingan yang menarik boleh dibuat antara Finland dan Inggeris. Negara-negara ini berkongsi Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita yang sangat serupa, tetapi Finland menukar kekayaannya menjadi kesejahteraan dengan cara yang lebih baik daripada Britain,” katanya.

Laporan itu juga mengenal pasti terdapat tiga masalah kesihatan yang mengancam kebahagiaan iaitu obesiti, krisis opioid dan kemurungan dan ia berkembang di Amerika Syarikat lebih cepat berbanding negara-negara lain. – MalaysiaGazette