Datuk Seri Salahuddin Ayub.

SLIM RIVER – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin ahli Pas yang tegar tidak akan mengundi calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan fitrah ahli-ahli Pas yang tidak boleh bersama dengan BN dan juga UMNO.

Jelas beliau, Amanah juga percaya sikap yang sama diamalkan oleh pengundi tegar UMNO ke atas Pas.

“Apa yang menarik dalam PRK ini, penyokong tegar UMNO dan Pas kerana pengamatan lama kami dalam Pas, fitrah penyokong Pas tidak boleh sokong UMNO.

“UMNO juga begitu tidak boleh dengan Pas. Jadi ujiannya, saya yakin akan ada penyokong tegar Pas akar umbi tidak akan undi calon BN. Saya yakin dan percaya.

“Jadi kita mahu melihat perubahan itu pada PRK ini sangat menarik dan kesannya akan diketahu pada hari mengundi pada Sabtu ini,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra pimpinan Amanah bersama media di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad.

Mengulas lanjut, Salahuddin menyeru rakan lama dan tegar dalam Pas agar mengambil sikap untuk tidak boleh bersama dengan UMNO dan BN.

Jelas beliau, ini kerana mereka tidak boleh berkonspirasi dengan kerajaan yang pernah bergelumang dengan salah guna kuasa dan rasuah yang kini berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bengong punya Salahudin ni.. Ahli PAS tetap akur dgn kepimpinan. Buktinya 6 kali dah PRK calon PH dan Bebas kecundang kerana penyatuan org melayu dlm Muafakat Nasional.
    Hang tk payah nk jadi batu api la kudin ooiii… Melayu yg sanggup jadi barua DAP tu tinggal tk berapa org dh pun.

  2. Baru keluar gua lah Salahuddin ni.. Haha.. penyokong Pas tetap ikut apa kata pemimpin mereka..ko bukan org Pas lg.. ko kaki jilat Dap..

Comments are closed.