KUALA LUMPUR – Pelakon Fizo Omar mendedahkan dia menerima tawaran untuk menjadi ‘peneman malam’ dengan kadar bayaran RM25,000 untuk satu malam.

Menerusi status yang dimuat naik di Instagram miliknya, bapa tunggal itu berkata, ini bukan kali pertama dia berdepan dengan perkara sama.

“Wow! Dapat ‘job’! RM25,000 satu malam. Apa pun, saya pasti ini adalah ‘scammer’. Tapi, bukan kali pertama saya dapat mesej di Instagram.

“Kadang-kadang, terfikir juga apa tujuan mereka ini. Ada yang siap minta nombor akaun dan nak pindahkan wang sebelum berjumpa depan-depan,” tulisnya.

Fizo yang kini dikaitkan dengan pelakon Azar Azmi berkata, apa yang berlaku adalah realiti kehidupan.

“Bunyinya pelik kan? Tapi, benda ini wujud dalam kehidupan sebenar dan bukan dalam drama saja. Kadang-kadang, apa yang berlaku dalam drama adalah gambaran apa yang berlaku dalam dunia realiti,” tulisnya.

Menerusi status sama, Fizo juga bergurau mengenai status dirinya sebagai duda atau digambarkan sebagai ‘barang recond’.

“Kalau yang baru dan wanita pula, tak tahulah berapa kan?” tulisnya dalam nada gurau. – MalaysiaGazette