BUENOS AIRES – Jepun akan meletakkan isu-isu dari ketidakseimbangan perdagangan global kepada kesan penduduk yang semakin tua dalam agenda ketika ia mempengerusikan mesyuarat G20 pada tahun depan.

G20 adalah kumpulan negara-negara ekonomi utama.

Pada akhir Sidang Kemuncak G20 di Buenos Aires, Menteri Kewangan Taro Aso melancarkan “isu-isu utama” yang akan diambil oleh rakan-rakannya dan gabenor-gabenor Bank Pusat tahun depan apabila Jepun mengambil alih jawatan Pengerusi G20 daripada Argentina.

Jepun akan menjadi tuan rumah mesyuarat G20 di Fukuoka di barat Jepun pada 8 hingga 9 Jun tahun depan diikuti dengan Sidang Kemuncak di Osaka pada 28-29 Jun.

Tokyo menegaskan ketidakseimbangan akaun semasa global perlu diperbetulkan melalui koordinasi dasar pelbagai hala dan bukannya transaksi perdagangan dua hala, kata sumber-sumber.

Ketidakseimbangan yang berlebihan sepatutnya diselaraskan dengan meningkatkan nisbah pelaburan dan penjimatan melalui dasar makroekonomi dan pembaharuan struktur.

Ketidakseimbangan global sekali gus menjadi topik utama dalam pertemuan G20 dengan memberi tumpuan kepada baki akaun semasa negara atau keseluruhan aliran wang termasuk, tetapi tidak terhad kepada perdagangan.

Pendekatan ini bertentangan dengan fokus Presiden Donald Trump untuk menyempitkan defisit perdagangan Amerika Syarikat menggunakan tarif import dan perjanjian dua hala.

Dasar “Amerika Pertama” dan perang perdagangan Amerika Syarikat-China telah membayangi perdebatan pada mesyuarat G20 baru-baru ini.

Rancangan Jepun yang yang tidak memberi tumpuan kepada ketidakseimbangan perdagangan dua hala perlu ada penekanan ke atas aliran modal keseluruhan dan faktor struktur di sebalik defisit Amerika Syarikat seperti kekurangan simpanan dalam negeri.

Dengan populasi penuaannya dan beban hutang awam, Jepun juga akan menyuarakan isu penuaan dan impaknya terhadap dasar fiskal dan monetari pada mesyuarat G20 tahun depan, kata para pegawai.

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata, populasi yang semakin tua boleh menimbulkan “cabaran yang serius” bagi bank-bank pusat kerana ia memaksa potensi pertumbuhan ekonomi dan memerlukan mereka menggunakan lebih banyak monetari daripada sebelum ini untuk meningkatkan pertumbuhan.

Selain itu, Jepun akan memastikan kemapan hutang, memandangkan peningkatan hutang di negara berpendapatan rendah, dan mempromosikan pelaburan infrastruktur berkualiti tinggi. – MalaysiaGazette