Muhammad
Tan Sri Muhammad Ibrahim. foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu akan dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Bank Negara dalam satu kenyataannya berkata, Kabinet hari ini telah menerima hasrat Tan Sri Muhammad Ibrahim untuk meletakkan jawatan dan perkara tersebut telah diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Bank Negara akan memastikan peralihan tugas dilakukan secara lancar kepada gabenor yang baharu.

“Gabenor Muhammad ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada beliau untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Malaysia,” kata bank pusat itu. – MalaysiaGazette