Thursday, April 25, 2024
Home Seni Hidup Gegar Vaganza 4: Aishah bersaing dengan Liza Hanim

Gegar Vaganza 4: Aishah bersaing dengan Liza Hanim

Majlis sidang media Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang berlangsung semalam.

KUALA LUMPUR – Dua penyanyi bervokal emas, Liza Hanim, Aishah selain Hazami antara peserta yang bakal menggegarkan pentas program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang akan bermula 29 Oktober ini.

GV4 turut membuka peluang kepada artis Singapura  iaitu Ferhad dan Indonesia (Firman) sebagai satu kelainan berbanding tiga musim terdahulu.

Selain mereka, turut memberi saingan adalah Raja Azura, Syura Badron, Elyana, Tia Jinbara, Aqasha, Lan Kristal dan Haida.

 Pertandingan tahun ini akan kembali diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan masih dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

“Datuk Ramli MS juga dikekalkan untuk menilai persembahan peserta selaku juri tetap di samping seorang lagi otai yang akan diperkenalkan kelak. Seperti biasa, akan terdapat seorang juri undangan,” kata Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad pada sidang media GV4, semalam.

Sementara itu, juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 di samping hadiah lain tajaan barisan penaja seperti Pamoga Vida Beauty Empire. – MalaysiaGazette