Gambar hiasan

SEOUL – Gempa bawah laut di luar pantai Korea Utara bukan disebabkan oleh ujian nuklear, media Korea Selatan melaporkan.

Gempa bumi dengan 5.9 magnitud melanda kira-kira 190 kilometer (120 batu) di selatan tenggara bandar Chongin pada awal pagi Khamis, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Korea Utara telah melancarkan lima ujian nuklear – termasuk dua tahun lalu – dan telah membuat kemajuan besar dalam keupayaan peluru berpandu di bawah pemerintahan Kim Jong-Un, yang mengambil alih kuasa pada tahun 2011.

Tetapi gempa itu, tidak mencetuskan amaran tsunami, tidak disebabkan oleh ujian nuklear, agensi berita Yonhap memetik geofizik USGS, John Bellini sebagai berkata.

“Ia berlaku pada 500 kilometer di bawah dasar laut. Ia adalah gempa bumi semula jadi,” katanya kepada agensi itu. – MalaysiaGazette