sumber: MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran Tahap 2 iaitu gelombang haba di Kawasan Pokok Sena di Kedah dan negeri Perlis.

Menurutnya, tahap gelombang haba apabila suhu maksimum harian berada 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu, terdapat 26 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar) Kedah, (Timur Laut) Pulau Pinang, (Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta) Perak, (Bentong, Raub dan Temerloh) Pahang, (Kuala Selangor dan Sepang) Selangor, Putrajaya, (Jelebu, Rembau, Tampin dan Seremban) Negeri Sembilan, ( Alor Gajah) Melaka dan (Segamat, Muar dan Batu Pahat) Johor.

May be an image of ‎map and ‎text that says "‎ش TMalaysia Status Cuaca Panas Sabah & Sarawak Pada 19/03/2024 JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM Kota Belud Nota: Rekod bacaan suhu maksimum telah dikemaskini pada 4.30 Petang, 19/03/2024 Kriteria Cuaca Panas maksimum harian kurang daripada 35°C. hingga 7°C sekurang-kurangnya hari berturut-turut. HABA) aksimum mharia elebihi 37Cn 40°C sekurang-kurangnya3 hariberturut-turut. 3) maksimum melebihi sekurang-kurangnya hari berturut-turut.‎"‎‎

 

Manakala satu kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Kota Belud.

Tahap 1 berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – MalaysiaGazette