Fadli Juanas

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini mula menerima dan mempercayai keupayaan Datuk Seri Najib Razak.

Penampilan mantan Perdana Menteri itu cukup berbeza berbanding dahulu, yang mana sebelum ini rakyat disajikan dengan momokan dan fitnah dahsyat daripada pembangkang.

Menurut Pengerusi Persatuan Generasi Anak Malaysia (GAM), Fadli Juanas, hari demi hari terbongkar satu persatu segala kebenaran yang berpihak kepada bekas Presiden UMNO itu.

“Pengalaman dan keupayaan beliau telah terbukti, terutama dalam bidang ekonomi.

“Sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara telah meningkat daripada -1.5 peratus kepada 7.4 peratus.

“Pada masa sama, defisit negara telah menurun daripada 6.7 peratus kepada hanya 5.4 peratus,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysia Gazette, hari ini.

Jelas Fadli, pelaburan jangka panjang oleh syarikat milik kerajaan (GLC) juga semakin berkembang positif, berbanding sebelum Najib menerajui negara.

“Sebelum beliau mengambil alih pentadbiran Putrajaya, banyak pelaburan di industri utama negara dimonopoli oleh kroni yang sekian lama bersarang di lubuk emas hasil negara.

“Persoalannya, bagaimanakah keadaan negara kita pada masa hadapan? Adakah masih mampu berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dunia dan bagaimanakah kita menanganinya kali ini,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan sejauhmana kepimpinan hari ini mampu bertahan dan berkeupayaan mengembangkan ekonomi negara.

Katanya, mungkin tidak keterlaluan untuk NGO itu menyatakan sumber aset negara yang digunakan kerajaan 22 bulan sebelum ini dan hari ini sebahagiaan besar adalah hasil daripada kebijaksanaan kepimpinan Najib.

Ujar beliau, atas dasar itulah GAM cukup optimis dan berkeyakinan Najib adalah watak penting untuk rakyat demi masa depan negara.

“Sekali lagi, Generasi Anak Malaysia menaruh harapan agar “Bossku” (gelaran yang diberikan rakyat kepada Najib) kembali semula untuk mentadbir negara tercinta ini,” katanya. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. hahahahha… macam orang tak betui saja..kalau nak mengampu pun biar berpada pada..

  2. Dsnajib nimacam hang tuah dalam kercjaan melayu melaga tang dijatugi hukum bunuh kerana di fitnah. Tapi hang tuah akhirnya di tagig kembali untuk melawan hang hebat yang mengamuk. Dia difitnah oleh feng si kitol. Kembalulah dsnajib demi rakyat dan negara tapu kalu jni untuk hapuskan sikitol tua yang menabur fitnah itu.

  3. Cukup2 ler – macam tak ada orang lain. Tak cukup kah kisah2 sebelum pendakwaan dibuat dulu.

    1. Jo Loo – bermatian2an menafi dia kenal, tapi bila tunjuk gambar yg mereka dlm satu kapal mewah?

    2. Wang RM2 bilion – mati2an nafi terima duit banyak tu, bila dibuktikan dgn penyata bank?

    3. Pemecatan TSMY, Shafie & Mukhriz dari UMNO….. kenapa yer?

    Itu adalah diantara isu yg gagal dijawabnya bagi menghadapi PRU yg lepas, sehinggakan sebuah parti yg begitu banyak jasanya kpd agama, bangsa dan negara – UMNO tersungkur.

    Jika beliau dapat menangkis isu2 berkenaan dengan baik di PRU lepas, adalah diyakini, kekalutan politik tanah air tidaklah seburuk ini.

  4. MAHACAI2 PH N RBA JANGAN PANAIH PLAK BACA..BANGSAT SAMA HGPA DAH LA.LAW TAK SUKA,MOHON SAJA PINDAH LUAR NEGARA N TUKAR KERAKYATAN.LAGI KAMI SUKA..ITU PON JIKA ADA NEGARA KELAPAQ NAK BAGI KERAKYATAN PADA MAHACAI2 PH JUGA RBA ..

  5. Bodoh mana ni? Tak orang lain ker, selain najib? Jangan bengong sangat! Ramai lagi orang Melayu yang berkaliber untuk menjadi perdana menteri…. Ingat ya, jangan lupa dan buat bodoh ya…

  6. Walau pun PN sebagai kerajaan, lupakanlah Najib. Yang tak suka lagi banyak dari suka. Jangan pisang berbuah dua kali. Ramai lagi yang boleh bergerak untuk perbaiki negara, contoh sekarang ni.

Comments are closed.