Madeleine Westerhout. Foto BBC

WASHINGTON – Pembantu peribadi Donald Trump terpaksa meletak jawatan selepas dia disyaki membocorkan maklumat peribadi mengenai keluarga presiden Amerika Syarikat itu.

Madeleine Westerhout, 29, secara tiba-tiba dikeluarkan daripada senarai kakitangan White House selepas presiden mengetahui dia telah bercakap dengan pemberita semasa majlis makan malam bulan ini.

Westerhout dikatakan telah mendedahkan tentang aksesnya dengan Trump semasa bercuti di New Jersey, laporan CBS News.

Beliau sudah bekerja dengannya sejak hari pertama Trump menjadi presiden.

Namun White House enggan mengulas mengenainya.

New York Times, yang mendedahkan mengenai penyingkirannya menyebut sumber White House yang mengatakan dia kini dianggap sebagai “pekerja yang terpisah” dan akan dihalang daripada kembali ke White House.

Westerhout digambarkan dalam media Amerika Syarikat sebagai penjaga pintu Trump, mempunyai pejabat di hadapan Pejabat Oval di West Wing.

Kenyataan Westerhout dibuat dalam satu kenyataan yang tidak dipetij dengan wartawan-wartawan di sebuah hotel di Berkeley Heights, New Jersey, semasa percutian Trump di Bedminster awal bulan ini.

CBS mendakwa wanita itu telah mendedahkan tentang keluarga Trump.

Tetapi setakat ini tidak dipastikan bagaimana tindak-tanduk Westerhout itu dapat dihidu oleh Trump. – MalaysiaGazette