Gunung Agung

JAKARTA – Gunung Agung di Bali mula kembali meletus semalam apabila mengeluarkan debu asap sehingga sejauh 2,000 meter ke ruang udara.

Agensi Geologi Indonesia berkata, letusan tersebut berlaku sebelum tengah hari ini selepas debu asap gunung berapi mula keliharan di ruang udara.

Bagaimanapun katanya, letusan itu tidak mengganggu operasi penerbangan.

Gunung Agung yang terletak kira-kira 70 kilometer dari hab pelancongan di Kuta, dilaporkan meletus secara berkala sejak ia mula aktif pada 2017.

Fenomena itu memaksa operasi penerbangan dibatalkan dan penduduk meninggalkan rumah masing-masing.

Status Gunung Agung ketika ini masih kekal pada amaran tahap bahaya kedua dan pihak berkuasa terus menguatkuasakan zon larangan dalam lingkungan empat kilometer.

Dalam letusan terbesar Gunung Agung pada tahun 1963 menyebabkan sekurang-kurangnya 1,600 penduduk terkorban. – MalaysiaGazette