Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

KUALA LUMPUR – Ahli Panel Dakwah Majlis Perundingan Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid disebut-sebut menjadi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baharu.

Pendakwah itu dikatakan berkelayakan menjadi mufti berdasarkan pengalaman dan ilmu dalam bidang agamanya.

Justeru beliau dikatakan sesuai menggantikan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang kini menjadi Menteri Agama.

Namun baru-baru ini, Habib Ali dengan rendah diri beranggapan ramai lebih layak daripada bagi menjadi Mufti Wilayah Persekutuan berbanding dirinya.

Bagaimanapun beliau menganggap pihak yang mencadangkan namanya dan menagih sokongan netizen di media sosial bagi dilantik jawatan itu berniat baik.

“Saya yakin mereka yang buat itu berniat baik untuk Malaysia supaya orang yang bertanggungjawab dalam hal agama dapat berkhidmat khususnya di Wilayah Persekutuan dan Malaysia umumnya.

“Namun apa yang perlu diketahui bahawasanya jabatan mufti itu adalah tugas yang berat sebab kerana tanggungjawab kepada Allah.

“Saya yakin ada orang yang lebih berkemampuan tentu mereka yang membidangi bidang fatwa, berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya rasa di luar sana ada lebih berkebolehan, akidah Al Ashariyaah dan Mazhab Shafie untuk lebih menjalankan tugas lebih harapan kita semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu rakaman videonya baru-baru ini.

Bagaimanapun setakat ini tidak ada sebarang pengumuman siapa yang dipilih menjadi Mufti Wilayah Persekutaun yang baharu.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tapi apakah beliau ‘sealiran’ dgn mufti wilayah sebelum ini yg lebih kearah amalan dan pendapat salafi?

Comments are closed.