Bandar Hanoi yang diselubungi asap. foto Agensi

HANOI – Hanoi dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia, dengan Ho Chi Minh City tidak jauh di belakang.

Angka-angka yang dikeluarkan oleh aplikasi pemantauan kualiti udara AirVisual meletakkan ibu kota Vietnam di bahagian atas senarai, diikuti Jakarta di Indonesia dan Ho Chi Minh City, masing-masing mengambil tempat kedua dan ketiga.

Pada hari Khamis, Indeks Kualiti Udara Hanoi berada pada bacaan 200, yang dianggap berbahaya.

Walaupun keadaan udara sedikit bertambah baik, kualiti udara yang direkodkan di Hanoi masih menjadi salah satu tempat paling buruk di dunia.

Menurut sistem pemantauan udara Jabatan Alam Sekitar dan Semulajadi, kualiti udara bandar kekal pada tahap “tidak sihat” pada hari-hari kebelakangan ini, kebanyakannya disebabkan oleh pencemaran habuk.

Cuaca yang buruk di ibu negara dan jerebu menjadikan ia sukar untuk ditangani.

Pada masa yang sama, kelajuan angin rendah mengurangkan perolakan udara menyumbang kepada penurunan kualiti udara di Hanoi. – MalaysiaGazette