Hantu Kak Limah kini ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

KUALA LUMPUR – Filem komedi seram, Hantu Kak Limah catat sejarah selepas meraih kutipan tertinggi berjumlah RM1.8 juta pada hari pembukaannya pada Rabu lalu.

Filem arahan Mamat Khalid itu berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaannya pada Rabu lalu.

Kutipan tersebut sekali gus merekodkan filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pertama ditayangkan kepada umum.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini membariskan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Hantu Kak Limah kini ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Tayangan di Singapura akan bermula hujung minggu ini. – MalaysiaGazette