Pengguna Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus pada hari pertama Aidilfitri.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menghapuskan tol secara berperingkat sehingga perjanjian konsesi tamat dalam tempoh 38 tahun akan datang.

Presiden Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata Pakatan Harapan harus menunaikan janji mereka sebelum pilihan raya yang lalu walaupun ia sukar dilaksanakan apatah lagi selepas pengumuman diskaun 18 peratus dan pengekalan kadar sehingga 2058.

Jelasnya ini kerana penghapusan tol akan dapat mengimbangi pembangunan ekonomi selain membantu rakyat mengurangkan kosa sara hidup khususnya yang berada di bandar.

“Parti Gerakan Rakyat Malaysia tetap menggesa supaya kerajaan laksana janji untuk hapus tol secara berperingkat sehingga tamat perjanjian konsesi serta tol percuma pada semua bagi membolehkan rakyat peroleh manfaat yang lebih selesa di masa akan datang. Ianya demi mengimbangi pembangunan ekonomi yang setara di masa kini.

“Biarpun ianya dilihat sebagai keputusan yang sukar bagi pihak kerajaan, ianya perlu dilaksana demi mengurangkan kadar rakyat miskin bandar dalam negara. Ramai masyarakat kini mula terkesan dengan pelbagai kenaikan harga barang, SST dan sebagainya.

“Maka tidak salah kiranya rakyat terus mengharapkan kerajaan pertimbang semula janji untuk hapus tol dalam tempoh terdekat memandangkan semakin ramai rakyat dalam negara terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat naik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hari ini Pejabat Perdana Menteri mengumumkan kadar diskaun sebanyak 18 peratus ke atas kenderaan persendirian di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) bermula 1 Februari ini.

Artikel berkaitan: Tiada kenaikan tol PLUS sehingga tamat konsesi pada 2058

Ia melibatkan Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Keputusan kerajaan mengekalkan pegangan Khazanah Nasional Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam PLUS membolehkan tiada kenaikan kadar tol sehingga tempoh konsesi selama 38 tahun tamat (2020-2058).

Artikel berkaitan: PLUS kekal milik Khazanah, tidak akan dijual

Pelanjutan tempoh konsesi selama 20 tahun bermula 2038 pula adalah untuk memastikan PLUS mampu melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi lebuh raya tanpa bergantung kepada kerajaan.

Mengulas mengenai perkembangan terbaharu ini Dominic menyifatkan keputusan ini menggambarkan impian rakyat untuk menyaksikan kerajaan menghapuskan tol hanya impian semata-mata. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bolehkah Tol dihapuskan?? Tak payahlah cuma kurangkan kadar tol sudah cukup…nanti jln tak diselenggara dgn baik dan bahaya utk kita bersama

Comments are closed.