MONTREAL – Pengharaman komputer riba dan tablet dalam penerbangan adalah tindakan tidak mapan dalam jangka panjang.

Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Alexandre de Juniac berkata, pendekatan semasa tidak boleh diterima sebagai penyelesaian jangka panjang bagi apa sahaja ancaman yang cuba diselesaikan.

Beliau berkata, malah, untuk jangka pendek, ia sukar untuk difahami akan keberkesanannya. Dan gangguan perdagangan yang diwujudkan lebih teruk,” kata de Juniac.

“Kami meminta semua kerajaan untuk bekerjasama dengan industri untuk mencari jalan memastikan penerbangan selamat tanpa mengasingkan penumpang dengan barangan elektronik penumpang,” katanya.

Minggu lalu, Washington mengharamkan alat peranti besar daripada telefon bimbit dibawa dalam penerbangan ke Amerika Syarikat daripada 10 lapangan terbang di tujuh negara Asia Barat dan Turki.

Britain juga membuat langkah sama bagi lima negara di Asia Barat, Afrika Utara dan Turki.

Amerika Syarikat berkata, pendekatan itu bertujuan menggagalkan serangan dalam pesawat dengan bahan letupan kecil yang tersembunyi dalam elektronik pengguna.

Secara teori, ia akan menjadi lebih sukar untuk menyembunyikan bom di dalam bagasi kerana ia diperiksa dan diimbas dengan peralatan yang lebih canggih.

De Juniac berkata, tindakan itu menimbulkan perosalan dari syarikat penerbangan dan penumpang kerana negara-negara Barat yang lain memilih untuk tidak mengenakan larangan.

“Alangkah baiknya kalau Amerika Syarikat dan United Kingdom mempunyai senarai biasa lapangan terbang.

“Bagaimana komputer riba boleh selamat dalam kabin dalam beberapa penerbangan tetapi bukan bukan yang lain (dari lapangan terbang yang sama)?

“Dan sebenarnya mesti ada satu cara untuk melindungi peralatan elektronik berkesan di pusat pemeriksaan lapangan terbang,” tambahnya.

Semua negara-negara terjejas akibat larangan itu adalah sekutu Amerika Syarikat: Turkey, Jordan, Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan Maghribi.

Pengharaman British disasarkan Turki, Lebanon, Jordan, Mesir, Tunisia dan Arab Saudi.

Tegasnya, pengharaman itu akan memberi kesan ketara ke atas pendapatan syarikat penerbangan kerana menyebabkan penumpang memintas lapangan terbang berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sembilan syarikat penerbangan terkesan oleh pengharaman itu. – MalaysiaGazette