KUALA LUMPUR  – Harga runcit petrol RON97, 95 dan diesel kekal dengan masing-masing ditetapkan pada harga RM3.35, 2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 9 Mac hingga 15 Mac 2023.

Menurut Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette