Foto Foxpsorts.

LONDON – Harry Kane adalah bodoh dia tidak merebut peluang berhijrah ke Manchester City atau Liverpool yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pengulas sukan, Chris Sutton berkata, bintang Tottenham Hotspurs itu boleh meninggalkan White Hart Lane sekiranya kelab itu tidak merangkul gelaran liga.

“Jika dia mahu menang Liga Perdana Inggeris, dia perlu menyertai kelab yang berpeluang cerah menang gelaran EPL berbanding Spurs,” kata Sutton yang juga bekas pemain England.

Kane masih mempunyai kontrak sehingga 2024 bersama Spurs dan masih belum menang sebarang gelaran bersama kelab itu.

Kali terakhir Spurs menjulang gelaran adalah Piala Liga pada 2008.

Ketika perlawanan EPL digantung akibat pandemik koronavirus , Spurs menduduki tangga kelapan dalam carta liga.

“Kita semua faham dia ketagih untuk menang gelaran, jadi jika dia mahu kemenangan satu-satu pilihan yang ada adalah berhijrah ke kelab lain,” katanya. – MalaysiaGazette