Surat yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Heineken Malaysia Berhad yang ditarik semula kebenaran beroperasi semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan terus berhubung dengan kerajaan.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, buat masa ini ia akan menggantung operasinya di Sungei Way.

“Lembaga pengarah ingin memaklumkan bahawa kelulusan kerajaan yang diterima oleh syarikat itu pada awal April untuk syarikat itu meneruskan operasi secara terhad dengan bilangan kakitangan penting yang minimum semasa tempoh PKP telah dibatalkan serta-merta,” katanya.

Namun, Heineken berkata, syarikat itu akan terus berhubung dengan kerajaan berhubung perkara ini supaya dapat mengurangkan impak kepada perniagaannya.

Artikel berkaitan:Kilang arak: MITI telah keluar surat batal operasi

Kenapa KPDNHEP sanggup lulus operasi kilang arak?

Individu tandatangan surat kebenaran kilang arak beroperasi perlu bertanggungjawab

Kerajaan tarik balik kebenaran operasi kilang arak

Pas gesa tarik balik operasi kilang arak

Tambahnya, Heinekan akan membuat kenyataan jika terdapat perkembangan baru.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan mesyuarat Kabinet telah menarik semula kelulusan operasi dua kilang arak semasa pelaksanaan PKP yang bakal berakhir pada 14 April ini.

Keputusan itu diambil selepas banyak pihak mempersoalkan kewajaran dua kilang arak dibenarkan beroperasi memandangkan ia bukan keperluan penting. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.