Heliza Helmi dan suami.

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36, kini bergelar isteri ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pagi ini.

Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah al-Quran.

Berita perkahwinan Heliza dan Mahadi dikongsi oleh perunding perkahwinan, Fizz dari BenSignatures Event Wedding Planner.

Selesai bernikah, pasangan pengantin diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya.

Difahamkan, suami Heliza adalah pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. – MalaysiaGazette