Alvin Chow

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bernama Alvin Chow yang telah diburu sejak semalam oleh polis kerana menghina agama Nabi Muhammad SAW berjaya dicekup polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang menggunakan akaun sosial Twitternya dan memuat naik teks berbaur menghina nabi telah dicekup polis sekitar pukul jam 5 petang.

“Suspek berusia 43 tahun itu berjaya ditahan oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dalam sebuan di pusat beli-belah di Plaza Pudu selepas berjaya mengesan kedudukan suspek,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika dihubungi hari ini.

Menurut Fadzil, suspek turut dirampas telefon bimbitnya diserahkan serta merta kepada Ibupejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

“Oleh kerana kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman kita serahkan suspek serta merta kepada mereka untuk meneruskan siasatan.

“Kita tangkap suspek berdasarkan maklumat hasil risikan pasukan Selangor sejak beberapa hari lalu operasi pemburuan dilancarkan,” katanya.

Katanya, pada mulanya suspek yang dikesan tinggal di Danau Kota, Setapak telah diburu polis sejak beberapa hari lalu berikutan laporan polis ke atasnya kerana menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Menurutnya, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis. dibawah Seksyen 420 dan 408 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan semalam mengesahkan polis berjaya menahan tiga lelaki atas kesalahan menghina Nabi dalam Facebook masing masing pada Ahad dan Isnin lalu.

Kesemua mereka disiasat mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Individu pertama menggunakan identiti Bakakuk berusia 29 tahun di tahan di Labuan Sabah dan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun bernama Ayea Yea dalam Facebook di tahan di Bau Sarawak.

Sementara itu suspek ketiga menggunakan nama Yazid Kong, 52, pula ditahan dalam sebuan di sebuah premis di Petaling Jaya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Polis cari Alvin Chow, tahan 3 lelaki hina Nabi