KUALA LUMPUR – Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di Pasir Mas yang ditutup sejak kelmarin kembali beroperasi hari ini.

Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Kelantan dalam  satu kenyataan media hari ini berkata, banjir di kawasan berkenaan semakin pulih.

“Makluman pengoperasian semula ICQS Rantau Panjang pada hari ini,” katanya.

Kompleks ICQS Rantau Panjang ditutup sementara Selasa lalu selepas kawasan sekitarnya terjejas banjir dan menyukarkan orang ramai untuk ke sana. – MalaysiaGazette