MANCHESTER – Penaja utama Manchester United, Adidas menimbulkan tanda tanya apabila telah menggabungkan Paul Pogba dan Mesut Ozil untuk iklan rasmi terbaharu mereka.

Tindakan penaja utama pakaian sukan berjenama terkenal seolah-olah memberi isyarat Pogba dan Ozil akan berganding dalam satu pasukan tidak lama lagi.

Apatah lagi, sebelum ini pemain tengah Arsenal itu dikaitkan bakal berpindah ke Manchester United sebaik sahaja kontraknya berakhir musim ini.

Jose Mourinho juga berminat untuk membawa pemain itu ke dalam skuadnya bagi kempen 2018/19.

Ozil pernah memberitahu kawannya bahawa Mourinho akan membuat perpindahan musim depan.

Pemain berusia 29 tahun itu bakal menjadi pemain bebas musim depan selepas memberitahu, majikannya bahawa dia tidak bersedia untuk menyambung kontrak baharu.

Arsenal juga berdepan dengan kehilangan Ozil tanpa sebarang keuntungan jika berpindah ke United musim depan.

Dan disebabkan itu, Arsenal cuba mencari pembeli untuk pemain antarabangsa Jerman itu sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka kembali pada Januari ini.

Inter Milan dilaporkan berminat untuk mendapatkan Ozil. – MalaysiaGazette