KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengakifkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk bulan Mac.

Pada bulan lalu, harga purata peringkat ladang bagi cuplump bagi Semenanjung ialah RM1.95 sekilogram, Sabah (RM1.60) dan Sarawak (RM1.80).

IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

LGM dalam kenyataannya berkata, bayaran IPG bagi bulan Mac di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran
seperti berikut:

a) Semenanjung : RM 0.55 sekilogram;
b) Sabah : RM 0.90 sekilogram; dan
c) Sarawak : RM 0.70 sekilogram.

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Mac 2020 mulai 1 hingga 30 April ini. – MalaysiaGazette