gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan April 2021 untuk pekebun kecil di Sabah dan Sarawak diaktifkan.

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran April 2021 mulai 1 hingga 31 Mei 2021.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, bayaran IPG teraktif bagi Sabah ialah RM0.15 sen sekilogram manakala Sarawak RM0.10 sen sekilogram.

Harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ atau getah sekerap pada April 2021 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, masing-masing pada RM2.70, RM2.35 dan RM2.40 sekilogram.

IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR20 (FOB) berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.- MalaysiaGazette