Gambar hiasan

DUBAI – Seorang pegawai kanan nuklear Iran memberitahu, masa sudah terlalu suntuk bagi mana-mana pihak untuk menyelamatkan perjanjian nuklear 2015.

Ini kerana negara tersebut mempunyai kapasiti meningkatkan penggayaan uranium melebihi 20 peratus walaupun ia tidak mempunyai perancangan untuk berbuat demikian buat masa sekarang, lapor Reuters.

“Kami telah mula menaikkan had terhadap Penyelidikan dan Pembangunan yang dikenakan melalui perjanjian tersebut.

“Ia merangkumi pembangunan sentrifuge yang lebih pantas dan terkini.

“Kesemua langkah ini boleh diundur sekiranya pihak di sebelah sana memenuhi janji-janji mereka,” kata jurucakap agensi nuklear Iran, Bejrouz Kamalvandi dalam satu sidang media yang disiarkan oleh stesen televisyen.

Pengawas nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dimaklumkan mengenai langkah-langkah baharu itu dan mereka masih mempunya akses kepada kawasan nuklear Iran, tambahnya. – Agensi