Pesawat Iraq Airways

BAGHDAD –  Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah telah menarik balik pengharaman ke atas Iraq Airways daripada memasuki ruang udara Eropah, Menteri Pengangkutan Iraq, Kadhim al-Hamami.

Iraq Airways telah dilarang daripada terbang ke Eropah pada 2015 kerana ia tidak memenuhi piawaian keselamatan Pertubuhan Antarabangsa Penerbangan Awam.

“Airways Iraq telah dikeluarkan dari senarai hitam dan diletakkan di bawah pengawasan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah,” kata Hamami. – MalaysiaGazette