Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah hadir bagi memberi keterangan berhubung siasatan mengenai urusan 1MDB dan Firma Pelaburan Abu Dhabi International Petroleum Investment Company (IPIC) di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 24 OKTOBER 2018

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang tadi.

Sumber SPRM memaklumkan, Irwan Siregar, 61, ditahan kira-kira 10 minit selepas beliau tiba pukul 3.25 petang.

Difahamkan, beliau akan bermalam di lokap SPRM sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dituduh pada pukul 7.30 pagi esok.

Media hari melaporkan beliau dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan syarikat perlaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut dipanggil memberi keterangan untuk kes sama hari ini.

Bagaimanapun, Najib tidak ditahan namun beliau dan Irwan akan dituduh secara bersama atas kesalahan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sementara itu, Irwan dibawa keluar SPRM ke kediamannya di sini selepas ditahan dipercayai untuk melengkapkan proses mengambil keterangan.

Difahamkan, berlaku kekecohan apabila keluarga Irwan tidak berpuashati dengan kehadiran pihak media. – MalaysiaGazette