Isham Jalil
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil akan mendapat surat pemecatan keahlian daripada parti itu dalam masa terdekat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri memberi jaminan itu dan surat itu akan diperoleh Isham dalam kadar segera.

“Dia (Isham) akan terima surat dalam waktu paling singkat,” katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Isham mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada parti berhubung status keahliannya yang dilaporkan dipecat daripada MKT UMNO.

Bekas Penerangan UMNO itu berkata, setakat ini, beliau hanya dikhabarkan telah dipecat.

Bagaimanapun Isham mengesahkan beliau sudah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp MKT UMNO pada malam Selasa lalu.

Rabu lalu, MKT UMNO mengambil keputusan untuk memecat Isham daripada parti itu serta-merta.

Keputusan itu dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yang turut menghadiri mesyuarat itu, di Menara Dato’ Onn, malam Rabu lalu. – MalaysiaGazette