Chan Quin Er

KUALA LUMPUR – Alasan kesenian tidak boleh dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk ‘menyentuh’ simbol kenegaraan, kedaulatan institusi diraja dan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Quin Er Chan berkata, sama ada alasan seni atau politik sekalipun, Jata Negara yang menjadi simbol negara tidak harus dihina.

Beliau merujuk kenyataan Ahli Dewan Undangan Tanah Rata, Chiong Yoke Kong yang mendakwa Perikatan Nasional tidak seharusnya sensitif terhadap keseniaan apabila merujuk kepada rekaan kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia yang mengubah suai Jata Negara.

Er Chan berkata, kerajaan Perikatan Nasional tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyokong Pakatan Harapan yang menggunakan seni untuk menyindir ahli-ahli politiknya kerana arif tentang demokrasi.

”Tetapi Jata Negara yang melambangkan negara ini tidak harus dihina dengan alasan seni. Seni ke, politik ke, ada batasannya. Ahli politik PN anda boleh hina dan rakyat akan menilai perangai anda. Tetapi simbol kenegaraan, kedaulatan institusi diraja dan simbol rakyat, mohon jangan sentuh,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Seni lah sangat, dalam Islam seni pun ada batasnya, apa rasa kalau muka orang yang seni itu di conteng tanpa dapat keizinin tuan punya diri, seperti diletak nya tahi pada potret dimukanya, pasti marah bukan, begitu juga lah bendera dan jata negara kalau diconteng tanpa keizinan pasti rakyat yang patriotik akan marah. Tak pasti NGO patriot marah ke tidak.

Comments are closed.