Mohd Fared Mohd Khalid (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat.

JOHOR BAHRU — Kekosongan 631 perjawatan guru agama gred DG29 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) dijangka diselesaikan pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pengambilan terawal adalah pada September 2023.

Proses tapisan peperiksaan dan temu duga akan diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Mohd Fared berkata, selain itu, perjawatan 56 guru Tadika Agama Johor (TAJ) juga akan diisi tahun ini, manakala pengambilan 57 guru agama gred DG41 pula pada Januari 2024.

Beliau turut  merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selain terima kasih ke atas Perbendaharaan Negeri Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) susulan kerjasama diberikan.

“Pengambilan guru-guru agama Kerajaan Johor ini akan membuka peluang pekerjaan,” katanya. – MalaysiaGAzette