Gambar hiasan

RIYADH – Keputusan Arab Saudi untuk menubuhkan jawatankuasa anti rasuah serta menahan tokoh-tokoh utama negara tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan terhadap undang-undang.

Kementerian Kewangan Arab Saudi berkata, keputusan berkenaan adalah untuk melindungi persekitaran pelaburan negara berkenaan, katanya seperti yang disiarkan televisyen Al-Arabiya.

Arab Saudi mengumumkan penubuhan jawatankuasa berkenaan bersama penahanan beberapa individu lewat petang Sabtu.

Dalam pada itu, pasaran saham Arab Saudi jatuh pada dagangan awal Ahad selepas Putera Mahkota, Mohamed bin Salman mengambil langkah memperkukuhkn kuasanya serta menentang rasuah dengan melaksanakan rombakan kabinet dan menahan individu-individu penting.

Indeks saham Arab Saudi, TASI jatuh 1 peratus selepas 25 minit ia didagangkan dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 155 berbanding 15.

Firma pelaburan Kingdom Holding yang dimiliki bilionair, Putera Alwaleed bin Talal yang merupakan salah seorang individu yang ditahan, menjunam sebanyak 9.9 peratus.-MalaysiaGazette