Pemain pasukan JDT TMJ yang diketuai Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergambar bersama selepas memenangi Perlawanan Amal JDT All Stars di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 30 JUN 2019

JOHOR BAHRU – Lebih RM600,000 hasil penjualan tiket, selain sumbangan penaja berjaya dikutip pada aksi persahabatan amal ‘JDT All-Stars’ yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Semua kutipan dana akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Women’s Aid Organisation (WAO) dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut berkenan berangkat menonton aksi persahabatan amal berkenaan.

Dalam aksi persahabatan amal sebentar tadi, Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) berpesta gol membenam pasukan JDT Rest of the World dengan jaringan 9-5.

MGF30062019_PERLAWANAN AMAL JDT12
Pemain pasukan JDT Pilihan Dunia bergambar pada Perlawanan Amal JDT All Stars di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 30 JUN 2019

Pasukan JDT TMJ turut diperkuatkan dengan tiga bekas bintang Perancis – Robert Pires, Claude Makalele dan Florent Malouda – selain Tunku Ismail sendiri yang bermain di posisi tengah bergandingan dengan Esteban Cambiasso, Marco Materazzi serta Gianluca Zambrotta.

Beberapa pemain JDT antaranya penjaga gol, Farizal Marlias, La’Vere Corbin-Ong, Mauricio Nascimento, Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid turut berada dalam skuad JDT TMJ.

JDT Rest of the World dibarisi legenda-legenda bola sepak dunia antaranya Rivaldo, Claudio Caniggia, Edgar Davids dan Bebeto.

Penjaga gol kedua JDT Izham Tarmizi ditugaskan sebagai penjaga gol JDT Rest of the World. – MalaysiaGazette

MGF30062019_JDT TMJ VS JDT ALLSTARS01
Pemain pasukan JDT TMJ bergambar pada Perlawanan Amal JDT All Stars di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor. foto AFFAN FAUZI, 30 JUN 2019