KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited membantu golongan yang memerlukan apabila mengagih sebanyak 300 bakul makanan di Lumut, Perak.

Sumbangan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu telah dilakukan dengan kerjasama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan (RELA), Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung serta Majlis Perbandaran Manjung.

“Proses penghantaran dari Bilik Gerakan JKM yang bertempat di Dewan Badminton, Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung telah menggunakan lori.

“Seterusnya untuk agihan ke Pangkor dua biji bot telah digunakan untuk proses pengagihan kepada para penerima,” kata KPWKM dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette