Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berucap pada Ceramah Perdana Barisan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Rimba Terjun, Pontian, Johor. foto AFFAN FAUZI, 076 NOVEMBER 2019

PONTIAN – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong akan dapat teman di Dewan Rakyat sekiranya pengundi di Parlimen Tajung Piai memberi mandat kepada calon MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng pada pilihan raya kecil (PRK) yang bakal berlangsung 16 November ini.

Malah, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti MCA akan mempunyai masa depan yang lebih cerah dan masyarakat Cina pula ada suara yang kuat.

Ini kerana katanya, pada masa ini suara masyarakat Cina yang dibela oleh MCA hanya ada satu kerusi di Dewan Rakyat dan jumlah itu perlu ditambah.

“Jika Wee Jeck Seng menang, Wee Ka Siong ada kawan. Bila MCA ada dua kerusi (di Parlimen), MCA ada masa depan lebih cerah dalam Muafakat Nasional.

“Sebab itulah kita mahu Tanjung Piai diwakili ahli Parlimen yang boleh suarakan masalah rakyat. Kita mahu permasalahan rakyat dapat disuarakan,” katanya yang juga Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana BN sempena PRK Parlimen Tanjung Piai di Kampung Rimba Terjun, di sini malam ini.

Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad.

Ahmad Zahid berkata, meletakkan Jeck Seng di Dewan Rakyat adalah penting sebagai menunjukkan manifestasi bahawa suara masyarakat Cina juga perlu didengari dan dihormati.

Ujarnya, biarpun BN dan PAS menjadi pembangkang yang tidak ada sebarang peruntukan, namun, semangat untuk mengajar kerajaan harus ada pada diri penyokong-penyokong kedua-dua parti Melayu terbesar termasuk komponen dalam BN.

Katanya lagi, semangat Muafakat Nasional bukan hanya kepada gabungan daripada UMNO, MCA dan MIC tetapi rakan-rakan daripada pimpinan Pas dan seluruh negara serta negeri Johor. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kaum cina tahu mana pemimpin kaum nya yg boleh membela mereka.
    Itu sbb gerakan 0 kerusi & mca 1 kerusi.

    Undi mca hanya bergantung pada melayu.

    Kita @ melayu sudah cukup baik & berkesan dengan kempen beli produk muslim (Buy Muslim First).

    Ini masa nya kita utama kan pemimpin melayu islam (VMF voites muslim firts)

    Hanya ada 2
    Bersatu Pakatan Harapan @ Berjaya.

    Ingat.
    Undi muslim akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak.

    Rekod MCA.
    – 100% ahli cina.
    – calon adalah yg menghalang pas melaksanakan ruu 355

    Fikir sebelum undi.

    Memberi undi kepada mca berarti membenarkan pemimpin yg rasuah & khianat.

Comments are closed.